Kelebihan Product Kita

1) Produk Yang Berkualiti.
Pihak syarikat menjanjikan produk yang dipasarkan adalah yang terbaik bagi nilainya dengan jaminan penggantian bagi produk yang rosak. Malahan para pengedar boleh memulangkan produk yang tidak dapat dijual untuk digantikan dengan produk lain mengikut kehendak para pengedar.


2) Rekabentuk Yang Terkini.
Produk keluaran Oli menjanjikan rekabentuk yang mengikut perkembangan pasaran dan selera pelanggan. Rekabentuk produk dihasilkan melalui proses pemilihan yang teliti dan kajian yang mendalam ke atas kehendak pasaran.


3) Corak Dan Warna Yang Eksklusif.
Pemilihan corak dan warna juga amat dititikberatkan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang dibeli. Pihak syarikat sentiasa berusaha menambah pilihan warna yang menarik dan eksklusif agar permintaan dapat dikekalkan dari masa ke semasa.


4) Buatan Tempatan Keluaran Bumiputera Yang Bertaraf Antarabangsa.
Produk Oli Collection seperti cadar dan set pengantin merupakan produk tempatan keluaran bumiputera yang mempunyai kualiti bertaraf antarabangsa dan diterima bukan sahaja dari kaum bumputera malahan bukan bumiputera dan rakyat luar negara.


5) Harga Yang Berpatutan.
Harga yang ditawarkan oleh Oli Collection bagi produk-produknya adalah sangat berpatutan dan kompetitif. Pada masa yang sama, margin jualan bagi pengedar dan stokes dapat dikekalkan bagi memastikan penjual mendapat keuntungan yang memuaskan.


6) Pasaran Dan Rangkaian Stokis Yang Luas.
Pada masa ini terdapat lebih 250 stokis dan 60,000 pengedar yang mengedar produk keluaran Oli. Oleh yang demikian, para pembeli boleh mendapatkan produk Oli dengan mudah dan cepat.


7) Mutu Perkhidmatan Menggunakan Amalan Terbaik (Best Practice).
Sepertimana syarikat-syarikat maju dan yang berdaya saing dari bukan bumiputera, Oli Collection menekankan kakitangannya serta wakil penjual mengamalkan budaya perniagaan yang terbaik. Amalan perniagaan terbaik akan dapat memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan akan memberi kepuasan dan lebih nilai kepada pelanggan.